Dengarnya, penggambaran filem Cicakman 3 lakonan Zizan, Lisa
dan Fizz Fairuz telah ditunda ke Januari tahun depan. Dikatakan ia
disebabkan Zizan yang terikat dengan beberapa projek, termasuk sebuah
program realiti. Ada khabar angin mengatakan, Zizan Razak akan menjadi
pengacara Akademi Fantasia 2013. Haaa, betul ke?
Bila
ada masalah tunda ni, adalah nanti jadual kerja pelakon dan krew lain
berubah. Termasuklah ada yang dah buat bersedia lebih awal, tiba-tiba,
tunda lak.
Menurut Norman Abdul Halim, jadual Zizan yang padat bukan satu-satunya alasan mengapa filem itu ditunda. Banyak lagi sebab lain.
Sebagai
penerbit, dia faham keadaan Zizan dan perlu bertolak-ansur, jadi
kesalahan tidak perlu diletakkan kepada pelakon dan pelawak terkenal
itu.
“Selepas sidang akhbar filem Cicak Man,
beberapa penaja berminat untuk terbabit dengan projek ini dan urusan
berkenaan perlukan lebih masa. Kami juga menanti surat rasmi kelulusan
Intensif Perfileman Malaysia (Filming in Malaysia Incentive) daripada
Finas. Dan, Zizan ada komitmen lain. Apabila perkara ini berlaku
serentak, kami putuskan untuk tangguhkan dulu penggambaran.
“Sebenarnya
ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Setidak-tidaknya, kami ada
lebih masa untuk buat persediaan untuk pastikan hasilnya nanti lebih
baik. Saya berbincang dengan kru dan pelakon dan mereka tiada masalah
untuk memulakan penggambaran pada Januari nanti.
“Buat
masa ini, kerja pra produksi diteruskan, malah jabatan seni dan kostum
mengumpul material terbaik untuk pastikan filem ini lebih baik daripada
dua filem terdahulu.”
Kru Studios juga akan mengumumkan nama penaja sebelum penggambaran bermula.
Diharapkan
selepas ini, Zizan tidak dipersalahkan dan tiada lagi spekulasi
mengenai Cicak Man 3 yang bakal diarahkan Yusry, malah Zizan tidak terus
dipersalahkan.


No comments:
Post a Comment