Oleh Siti A’isyah Sukaimi
Sepang: “Jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, kita tidak akan bertanggungjawab kerana kita sudah beritahu dari awal lagi supaya jangan terbabit dengan konflik yang berlaku di Mesir,” kata Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin menolak spekulasi kononnya pelajar Malaysia ditahan di Mesir kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pemberontak.
Menurutnya, Kementerian Luar melalui Kedutaan Malaysia di Mesir sudah menasihatkan rakyat termasuk pelajar Malaysia yang berada di negara bergolak itu supaya tidak campur tangan dengan pergolakan di sana.
“Jika dilaporkan ada yang ditahan dan berlaku sebarang perkara kepada mereka, kita tidak akan bertanggungjawab kerana kita sudah mengeluarkan kenyataan tegas dan memberitahu mereka dari awal lagi supaya jangan sesekali campur tangan dengan konflik di sana.
“Manusia biasa ini kadangkala ada perasaan kononnya mereka lebih mengetahui berbanding orang lain dan sebab itu masalah seperti ini timbul. Mengapa kita sebagai rakyat yang bukan dari negara itu campur tangan dan membuat demonstrasi bersama kumpulan di sana,” katanya ketika ditemui media selepas menyambut kepulangan pelajar Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

KAMALANATHAN dan Zaini (tengah) bersama sebahagian rakyat Malaysia termasuk pelajar yang pulang menaiki pesawat AirAsia X tiba di KLIA, pagi semalam.
Hadir sama Timbalan Menteri Pendidikan II P Kamalanathan, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Datuk Seri Dr Zaini Ujang.
No comments:
Post a Comment