Elfira Loy Bertudung Disebabkan Mimpi Kiamat – Elfira Loy iaitu Ezlisa Loy, 16, dipersidangan media drama terbaru Debunga Lalang baru-baru ini telah mengalih pandangan orang ramai kerana beliau muncul dengan gaya bertudung.
Beliau anak ketiga dari empat orang adik beradik ingin meluahkan hasratnya untuk bertudung sudah mula timbul pada tahun lepas lagi.
Oleh hal demikian, hasrat itu terlaksana bermula awal bulan ini selepas mimpi ngeri yang dialaminya itu.
Merujuk kata-kata beliau semasa menceritakan kepada media adalah:
“Baru-baru ni saya mimpi tentang hari Kiamat. Dalam mimpi tu, saya dalam perjalanan ke masjid. Tiba-tiba ada batu bulat-bulat jatuh dari langit,”
“Saya sangat takut, Saya terus cari mama, Tapi mama tak ada, Ahli keluarga yang lain juga tidak ada, Saya takut sangat,”
“Kemudian saya tersedar, Saya terus lari ke arah mama dan menangis, Mama terkejut dan hairan kenapa saya menangis, Saya katakan yang saya mimpi hari Kiamat.”
Menurut beliau, mimpi ngeri yang dialaminya ini sudah beberapa kali muncul di dalam mimpinya, berikut pada mimpi terakhir ia mengulas bahawa dia tidak dapat mencari ibunya itulah yang membuatkan diri dia berasa sangat takut.
Tambahan dorongan seorang rakanya yang menuntut di sekolah agama itu sering menceritakan kisah-kisah nabi kepadanya membuatkan hatinya nekad untuk serius berhijab sekaligus mengubah penampilannya ke arah menjadikan agama adalah kewajipan utama dalam melaksanakan perintah-perintah Allah S.W.T seperti memastikan solat lima waktu terlakasana dengan sempurna.
Dalam perkembangannya pula, Elfira Loy akan muncul sebagai watak Ezlisa dalam Debunga Lalang menerusi Slot Akasia TV3, bermula 2 Januari pada jam 4 petang, setelah selesai pergembaraan itu dia akan memperlahankan karier lakonannya buat seketika untuk memberi ruang untuk menumpukan perhatiannya terhadap pelajaran yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada tahun hadapan.