on WEDNESDAY, 23 JANUARY 2013
Kelebihan Mandi Waktu Malam | Mandi waktu malam jugak mempunyai kebaikan yang mungkin kita sendiri tidak tahu apa kebaikan. Bagi sesiapa yang tak tahu , di sini admina kan sediahkan beberapa info kebaikan mandi waktu malam ini.
Berikut adalah Kelebihan Mandi Waktu Malam :
1. Menyegarkan
Mandi di malam hari membuat anda lebih segar dan menenangkan fikiran. Jika ingin tidur dengan keadaan yang sangat segar pasti anda selesa untuk terus tidur. Tambahan lagi, apabila pulak dari kerja ini
2. Waktu yang panjang
Semua orang akan mandi di waktu pagi, sehingga anda terpaksa mandi dengan cepat sekiranya sudah lewat untuk pergi ke kerja. Ini berbeza jika anda mandi di malam hari. Anda mempunyai waktu yang lebih lama sehingga boleh membersihkan tubuh dengan lebih bersih. Jadi, waktu tubuh badan anda akan lebih bersih.
3. Dapat mandi dengan fikiran yang tenang
Mandi di pagi hari boleh membuat anda sedikit tekanan kerana berkemungkinan anda mempunyai banyak urusan pada hari tersebut. Di malam hari, anda tidak akan memikirkan hal-hal tersebut, sehingga anda boleh mandi dengan lebih tenang.
4. Menurunkan tekanan darah
Menurut Buzzle.com, mandi di malam hari boleh menurunkan tekanan darah dan menghindarkan anda dari tekanan. Tenaga akan kembali, dan tubuh anda akan kembali tenang.
5. Memulihkan ketegangan otot
Setelah seharian beraktiviti, otot-otot tubuh anda boleh terlampau tegang dan kaku. Mandi di malam hari, terutamanya dengan air yang panas, boleh mengendurkan otot yang keras. Tubuh badan akan terasa lebih ringan, dan sengal-sengal di tubuh badan anda akan hilang.
Ohbeblog.com
No comments:
Post a Comment