Tuesday, August 27, 2013

Pin It

Widgets

KANAK-KANAK MENJADI MANGSA KEKEJAMAN ZIONIS (13 GAMBAR)







Seperti mana yang anda tahu, Dunia Gaza sedang bergolak dengan serangan tentera rejim zionis ke atas umat islam di semenanjung Gaza.. Ramai yang menjadi mangsa kekejaman Israel termasuklah anak kecil yang tidak berdosa.. Serangan yang bertalu-talu, roket dan peluru yang tidak mengenal mangsa ditujukan di bumi Gaza..

Cukup menyayat hati bukan?? Kita yang hanya melihat, tetapi mereka yang menanggungnya lebih berat dan memilukan… Setiap hari ada mangsa yang terkorban… setiap hari tangisan mengalir… setiap hari mereka hidup dalam ketakutan… setiap hari mereka dihujani peluru sesat tentera Israel… 
” Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur
Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.”
Ya Allah Yang Maha Esa, aku hanya mampu membantu dari doa untuk keselamatan umat islam disana.. Diharapkan rakan-rakan juga turut sama berdoa agar saudara islam kita disana dilindungi Allah .S.W.T.. Allahu Akbar!

Lihat gambar-gambar dibawah yang menunjukkan kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman tentera zionis.













No comments:

Post a Comment