Bahayanya Tidur Secara Berlebihan | Tidur merupakan
perkara yang paling seronok dilakukan. Jika tidak tidur sehari, badan kita akan
rasa berlainan. Tidur yang dianjurkan kepada kita semua hanyalah selama
lapan jam paling lama. Itu pun paling lama. Biasanya kita tidur dalam enam
jam. Dan jika kita tidur berlebihan akan menyebabkan badan kita pula
sakit-sakit.
Artikel yang dipetik
daripada kompas.com
mengenai bahaya terlebih tidur.
Tidur merupakan cara
terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh. Kurang tidur diketahui berakibat buruk
pada kepekatan, daya analisis, kreativiti, hingga mencetuskan timbulnya
berbagai penyakit.
Agar tidak kurang tidur,
para pakar mengesyorkan untuk tidur tidak kurang daripada enam jam setiap
harinya. Hanya saja, di balik manfaatnya yang melimpah, tidur pun menyimpan
risiko kesihatan saat dilakukan secara berlebihan.
Bahayanya Tidur Secara Berlebihan
Inilah beberapa alasan
kenapa kita tidak boleh tidur berlebihan.
1. Diabetes – Beberapa kajian
menunjukkan orang yang tidur lebih lama dari orang pada umumnya cenderung untuk
membangunkan penyakit diabetes. Terlebih, saat mempunyai riwayat penyakit ini
dari orang tuanya.
2. Penyakit jantung – Jika terbiasa tidur
lebih daripada lapan jam setiap harinya, maka anda mempunyai risiko yang lebih
tinggi untuk menderita penyakit jantung. Menurut beberapa penyelidik, tidur
sekitar 9-12 jam sehari merupakan faktor yang meningkatkan risiko penyakit jantung.
3. Cepat lupa – Ya, tidur baik untuk
pembentukan ingatan. Namun tidur lebih dari 8-9 jam sehari justru memberikan
kesan yang sebaliknya. Tidur berlebihan melambatkan fungsi sel otak yang
menunjukkan tanda-tanda kepikunan.
4. Kemurungan – Banyak kajian yang
mempelajari masalah ini. Beberapa di antaranya menyatakan, pesakit kemurungan
cenderung tidur lebih lama daripada orang umumnya. Yang lebih buruk lagi, tidur
berlebihan dikatakan memburukkan keadaan tersebut.
5. Sakit belakang – Orang yang tidur
berlebihan cenderung untuk mengalami sakit belakang lebih
kerap daripada orang yang tidak. Kecuali, mereka tidur di katil khusus yang
sudah disesuaikan.
6. Obesiti – Semasa tidur,
metabolisme berjalan lebih lambat sehingga jika dilakukan berlebihan, cepat
atau lambat anda pun terancam mengalami obesiti. Menurut kajian, mereka yang
tidur berlebihan mempunyai risiko 21 peratus lebih tinggi untuk terkena obesiti
berbanding orang yang tidur normal.
7. Kematian – Walaupun belum ada
alasan ilmiah, tetapi banyak kajian menunjukkan tidur berlebihan berkaitan
dengan tingginya risiko kematian.
8. Menjadi kurang menarik – Terlalu banyak tidur
juga mempengaruhi kehidupan sosial anda. Saat menghabiskan terlalu banyak masa
untuk tidur, anda cenderung untuk melewatkan banyak aktiviti sosial sehingga
mungkin sedikit banyak mengurangkan daya tarikan anda.
- See more at:
http://fuh.my/bahayanya-tidur-secara-berlebihan/#sthash.J2mpsB2W.dpuf
No comments:
Post a Comment