Tuesday, August 27, 2013

Pin It

Widgets

AMERIKA SYARIKAT BERPELUANG HANCURKAN NEGARA ISLAM..!!!




Apabila KBC bercakap tentang campur tangan asing yang cuba memporak perandakan sesebuah negara islam, ramai yang menggeleng kepala tak bersetuju dengan pendapat diberikan.

Sebuah negara Islam yang aman damai menjadi kucar kacir akibat campur tangan asing yang sememangnya bertujuan untuk membuat negara islam berkeceramuk sesama sendiri.
Sudah lebih 37 buah negara islam berjaya dipecah belahkan oleh tangan2 asing ini daripada seluroh umat islam sedunia bersatu. Kita sendiri tahu dari hadis2 dan terjemahan ayat suci AL Quran ada menerangkan bangsa apakah yang akan membuat kacau dimuka bumi ini.


Ironinya, ada sesetengah pihak mengambil acuh tak acuh dalam bab ini, mereka semakin lupa tentang kedamaian yang tercipta di Malaysia ni. Akhirnya ada juga sebilangan pihak berjaya dibeli untuk menjayakan misi2 tangan2 asing yang cuba memecah kesunyian keamanan di Malaysia.

Negara lain sudah menjadi bukti dan contoh agar kita sedar akan penipuan yang sedang dirancang oleh pihak tertentu untuk memburukkan islam seluroh dunia.

Penghujungnya seperti jalan cerita terakhir sudah pasti puak Amerika Syarikat ini yang mengaku sendiri menjadi Polis Dunia mengambil tindakan.
Agenda puak barat untuk menjahanamkan negara Islam, takan lah tak nampak perkara ini terjadi..??

Macam filem pula, mesti nak ada penamatnya....!!! Jangan buat tak nampak, pada mulanya berdemontrasi jalanan lah dulu, kemudian nanti berbalah sesama sendiri, kebelakangan hari Amerika Syarikat pula mengambil peluang ke atas negara Malaysia...!!!

WASHINGTON 24 Ogos - Amerika Syarikat (AS) dipercayai sedang bersiap sedia untuk melancarkan operasi ketenteraan ke atas Syria, ketika armada perang negara itu dilihat sedang mengukuhkan kedudukannya di Laut Mediterranean.

Setiausaha Pertahanannya, Chuck Hagel membayangkan, Pentagon telah menggerakkan tenteranya ke suatu kawasan menjelang kemungkinan tindakan ketenteraan dilancarkan ke atas Syria, walaupun Presiden Barack Obama menyuarakan tindakan berhati-hati.

Menurut Hagel, komander-komander AS, bagaimanapun telah menyediakan beberapa 'pilihan' kepada Obama, sekiranya beliau memilih untuk meneruskan tindakan ketenteraan terhadap Damsyik.

''Jabatan Pertahanan mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan (pilihan) kepada Presiden dengan pilihan luar jangka.

''Untuk itu, ia memerlukan pasukan dan aset ketenteraan kami diletakkan dalam kedudukan bersedia melaksanakan pilihan berbeza yang mungkin dipilih oleh Presiden,'' katanya sebelum berlepas ke Malaysia dalam rangka lawatan ke Asia.

Kenyataan Hagel dibuat selepas seorang pegawai pertahanan berkata, tentera laut Amerika akan mengukuhkan kedudukannya di Laut Mediterranean dengan penghantaran kapal perang keempat dilengkapi peluru berpandu ke sana.

Armada Keenam AS yang diberi tanggungjawab di Mediterranean memutuskan untuk mengekalkan kapal Perang USS Mahan di rantau itu daripada kembali ke pangkalannya di Norfolk, Virginia.Tiga kapal pemusnah lain buat masa ini telah ditempatkan di kawasan itu iaitu, kapal Kapal Perang USS Gravely, USS Barry dan USS Ramage dengan kesemuanya dilengkapi peluru berpandu Tomahawk.

Pengukuhan aset tentera akan membolehkan Pentagon bertindak secara berterusan sekiranya Obama mengarahkan tindakan ketenteraan diambil terhadap Syria. - AFP

No comments:

Post a Comment