Thursday, September 23, 2010

Pin It

Widgets

Apakah Demam Kuning?






















Demam Kuning adalah penyakit jangkitan akut yang merupakan masalah kesihatan awam di negara endemik di Afrika dan Amerika Selatan.
Bagaimana seorang itu boleh dijangkiti oleh Demam Kuning?
Seseorang boleh dijangkiti Demam Kuning bila ia digigit oleh nyamuk yang dijangkiti oleh virus penyebab Demam Kuning. Virus penyebab Demam Kuning adalah kumpulan "family Flaviviradae".
Apakah pembawa atau vektor kepada virus penyebab Demam Kuning ?
Pembawa atau vektor kepada virus penyebab Demam Kuning adalah nyamuk Aedes aegyti (pembawa kepada virus Denggi – penyebab kepada Demam Denggi dan Demam Denggi Berdarah).

Bolehkah kita mendapat jangkitan ini bila kita digigit oleh nyamuk Aedes aegyti di negara ini ?
Setakat ini tiada laporan yang menunjukan bahawa nyamuk Aedes aegyti di Malaysia telah dijangkiti oleh virus Demam Kuning. Hingga setakat ini bolehlah dikatakan bahawa seseorang itu tidak boleh dijangkiti dengan Demam Kuning bila digigit oleh Aedes aegyti di Malaysia.
Apakah negara-negara yang endemik dengan Demam Kuning ?
Negara-negara yang endemik dengan Demam Kuning adalah

A) Benua Afrika –
i) Angola ii) Benin
ii) Burkina Faso iv) Burundi
v) Cameroon vi) Chad
vii)Central African viii) Congo Republic
ix) Ivory Coast x) Ethiopia
xi) Gabon xii) Gambia
xiii) Ghana xiv) Guinea
xv) Guinea xvi) Guinea Bissau
xvii) Guinea Equat xviii) Kenya
xixi) Liberia xx) Mali
xxi) Nigeria xxii) Rwanda
xxiii) Senegal xiv) Sao Tome
xv) United Republic Principe of Tanzania xvi) Sierra Leone
xvii) Sudan xviii) Somalia
xix) Togo xxx) Uganda
xxxi) Zaire
B) Benua Amerika Selatan
i) Bolivia ii) Brazil
iii) Colombia iv) Equador
v) French Guiana vi) Guyana
vii) Panama viii) Peru
ix) Suriname x) Venezuela
Apakah gejala atau tanda penyakit Demam Kuning?
Tanda-tanda atau gejala penyakit Demam Kuning adalah
- demam yang tiba-tiba - seram sejuk (chills)
- sakit kepala - mual dan muntah
- lemah badan (prostration)
- sakit belakang dan sakit badan
serta masa inkubasi penyakit Demam Kuning adalah 6 – 10 hari. Pesakit boleh mengalami kekuningan (jaundis) akibat kegagalan hepar dan mereka juga mengalami kegagalan buah pinggang. Kematian boleh berlaku dalam masa 7 – 10 hari. Dalam setengah keadaan tertentu kadar kematian akibat Demam Kuning boleh berlaku sehingga 50%.

Bagaimana cara untuk mengelakan diri dari Demam Kuning?
Kita dapat mengelakan diri dari Demam Kuning dengan mengambil suntikan vaksinasi Demam Kuning sebelum pergi ke negara yang endemik dengan Demam Kuning. Perlu diperingatkan bahawa suntikan vaksinasi Demam Kuning hanya berkesan 10 hari selepas mendapat suntikan. Suntikan vaksinasi Demam Kuning dapat melindungi seseorang dari Demam Kuning selama 10 tahun,

Adakah seseorang yang hendak melawat ke negara yang endemik dengan Demam Kuning dikehendaki mengambil vaksinasi Demam Kuning?

Adalah lebih baik seseorang yang melawat ke negara yang endemik dengan Demam Kuning mengambil vaksinasi Demam Kuning 10 hari sebelum ke negara tersebut. Ini dapat melindungi mereka dari jangkitan Demam Kuning. Kegagalan mendapat suntikan mendedahkan diri mereka kepada jangkitan Demam Kuning dan mereka boleh ditahan (dikuarantin) di pintu masuk negara ini sekiranya tempoh dari mereka berlepas sehingga sampai ke negara ini kurang atau sama dengan 6 hari. Sekiranya tempoh dari berlepas dari negara yang endemik dengan Demam Kuning melebihi 6 hari mereka akan dibenarkan masuk ke negara ini.

Dengan Mas Ayu, anda boleh mengelakkan Demam Kuning. Dengan Mas Ayu, immunity boleh meningkat dalam masa 24jam.


RM 35.00 - SEMALU
Penentang kuman semulajadi dan ia juga adalah rawatan tambahan untuk demam disebabkan oleh kuman.

Acts as a natural mild antibiotic and adjunct treatment for viral fever.




RM41.00 - AMIRTHA

Melaraskan imbangan biokimia dan fisiologi tubuh dan memperbaiki mutu serta kiraan sel. Mengoptimakan kelalian tubuh serta memperkasakan kesihatan unggul.

Regulation of the biochemical and physiological balance of the body and improves the quality and quantity of the blood cells.



RM 49.00 - KOLOSTRUM

Untuk memperkukuhkan tahap antibodi dan immuniti. Kolostrum membolehkan menjanakan sel sel baru elok untuk kandungan

To strengthen the level of antibodies and immunity. Colostrum allows generating new cells for baby.

1 comment: