Thursday, September 9, 2010

Pin It

Widgets

Amalan pesakit diabetes

Besar perutnya..











Walaupun umat Islam berada dalam minggu terakhir Ramadan, pesakit diabetes yang beragama Islam dinasihati mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengawasi paras gula darah mereka demi mengelakkan hipoglisemia (paras gula darah yang terlalu rendah) pada siang hari dan hiperglisemia (paras gula darah yang terlalu tinggi) pada waktu malam.

Oleh demikian, pesakit-pesakit diabetes yang ingin melaksanakan ibadah puasa diminta terlebih dahulu mendapatkan nasihat daripada doktor mereka.

Semasa berpuasa, risiko gula darah menurun ke bawah paras normal adalah lebih tinggi daripada waktu biasa. Jika tanda-tanda hipoglisemia timbul, anda harus mempertimbangkan berhenti puasa dan mengambil jus buah-buahan ataupun satu sudu besar gula dengan segera. Lakukan ujian paras gula darah anda jika telah berhenti puasa dan juga laporkan sebarang ketidakselesaan ataupun keletihan yang dialami kepada doktor anda.

Anda boleh mengurangkan risiko hipoglisemia pada siang hari dengan:
* Tidak mengabaikan pengambilan makanan
* Makan sahur sebelum terbit fajar
* Mengambil makanan yang seimbang
* Minum air dengan mencukupi
* Dapatkan nasihat doktor tentang pengubatan yang sesuai untuk anda
* Mengubahsuai pelan pemakanan bersama doktor atau pakar diet anda

Selepas Iftar, risiko gula darah melebihi paras normal adalah semakin tinggi. Demi mengurangkan risiko hiperglisemia, anda dinasihati mengamalkan cara pemakanan sihat dengan mengambil hidangan makanan berkandungan lemak dan karbohidrat yang seimbang. Mulakan Iftar anda dengan makanan yang telah dirancang oleh pakar diet dan mengambil ubat mengikut jadual yang ditetapkan oleh doktor anda.

Pengawasan secara tetap terhadap paras gula darah adalah mandatori semasa bulan Ramadan. Pengukuran tahap gula darah sebaik-baiknya dijalankan pada awal pagi sebelum puasa dan selepas Iftar dan Sahur. Walau bagaimanapun, anda adalah dinasihati supaya berhenti puasa jika bacaan gula darah menurun ke bawah paras sasaran yang sepatutnya pada waktu pagi dan tengahari

Umat Islam dengan penyakit kencing manis jenis 2 yang tidak memerlukan suntikan insulin biasanya dapat menjalankan ibadah puasa tanpa sebarang masalah semasa Ramadan. Pesakit-pesakit yang hanya memerlukan satu suntikan insulin biasanya boleh berpuasa tanpa masalah besar tetapi mereka dinasihati berjumpa doktor untuk mengetahui jenis insulin yang sesuai untuk mereka.

Semasa berpuasa, adalah penting untuk pesakit-pesakit mengenali tanda-tanda hipo dan hipeglisemia, mengetahui cara-cara manangani mereka, mengukur paras gula darah dengan cara yang tertentu, meminum air yang cukup dan mengamalkan kesederhanaan dari segi pemakanan. Di samping masalah-masalah yang tersebut di atas, terdapat satu lagi perkara yang tidak kurang pentingnya iaitu mengetahui tentang tanda-tanda keto-asidosis. Ketoasidosis adalah sejenis keadaan serius yang mengancam nyawa dan ia berlaku apabila badan pesakit benar-benar kekurangan insulin dan tahap gula darah menjadi terlalu tinggi.


Pesakit-pesakit kencing manis dari kumpulan-kumpulan tertentu adalah dinasihati supaya tidak berpuasa:

* Pesakit diabetes jenis 2 yang memerlukan lebih daripada satu suntikan insulin
* Pesakit diabetes jenis 1
* Wanita mengandung yang berpenyakit diabetes
* Mereka yang menghidapi penyakit, dimasukkan ke hospital ataupun sedang menjalani rawatan jantung















*** Kami mempunyai produk untuk mengurangkan penyakit diabetes dan juga untuk mencegah diabetes. Kami mempunyai klinik Naturopathy di Taman Kinrara. Kami juga mempunyai testimoni dan dokumen yang lengkap daripada pesakit yang datang ke klinik kami.

Untuk diabetes, mereka digalakan mengambil beberap jenis produk

Amirtha - RM 41.00
Melaraskan imbangan biokimia dan fisiologi tubuh dan memperbaiki mutu serta kiraan sel darah ( regulation of the biochemical and physiological balance of the body and improves the quality and quantity of the blood cells, amirtha have 279 anti oxsidants)

Tenang - RM 23.00
Melaraskan tekanan darah dan mengurangkan mental serta jasmani ( regulates blood pressure and reduces mental and physical stress)


Pahit - RM 29.00
Menyelaras dan memperbaiki metabolisme makanan dan karbohidrat ( improve carbohydrate metabolism and teh cellular absortion of energy food)

No comments:

Post a Comment